4 MEKANISME PENUAAN SEL

by - 12:52:00 pm

MEKANISME PENUAAN SEL | Saban hari tubuh kita mengalami penuaan dan kemusnahan sel. Semakin banyak sel yang rosak, maka semakin tinggi risiko untuk kita mendapat penyakit2 kronik yang membahayakan kesihatan. Penyakit2 kronik seperti KANSER, SAKIT JANTUNG, DIABETES dan lain2 adalah 'pembunuh senyap' yang sering menyerang individu berusia. Namun, gaya hidup moden & pemakanan zaman sekarang telah mengundang penyakit senyap ini di kalangan orang2 muda bahkan ia turut menyerang remaja.


KETAHUI 4 MEKANISME PENUAAN SEL
1. CELL DAMAGE / KEMUSNAHAN SEL

Setiap hari berjuta DNA SEL akan mengalami kerosakan/musnah. Semakin banyak DNA pada sel yang rosak, maka semakin TINGGI RISIKO untuk mendapat PENYAKIT2 KRONIK seperti SAKIT JANTUNG, DIABETES, KANSER dan sebagainya.


ADAKAH DNA PENTING?

YA! DNA adalah sangat penting. Ia adalah kod yang menentukan characteristic sesuatu organisma. Jika kita uraikan strand DNA di dalam badan kita, panjangnya adalah 2 meter!


FAKTA TENTANG DNA!

1 gram DNA memegang info sebanyak 1 trilion CD. Semakin tua seseorang individu, semakin ringan DNA, maka semakin kurang info yang dipegang! Sebab itu, adalah sangat penting untuk kita menjaga kesihatan & melindunginya diperingkat DNA.


2. REDUCE CELL PERFORMANCE / MEMPERLAHANKAN AKTIVITI SEL


Penuaan sel akan menyebabkan aktiviti sel menjadi kurang efisien dan berlakunya penghasilan AGE PROTEINAGE atau Advanced Glycation End-Products adalah protein yang MERBAHAYA pada badan kita. Ia boleh terhasil melalui 2 cara :-

  1. PEMAKANAN – Makanan yang mengandungi TINGGI BAHAN PENGAWET/PEWARNA, makanan BERGORENG, FAST FOOD (banyak preservative), dll.
  2. LEBIHAN KARBO/GULA – Apabila karbo di dalam badan tidak digunakan & bertemu dengan lemak, ia akan bergabung membentuk PROTEIN AGE!

BAHAYA PROTEIN AGE!!

Ia boleh memberi kesan kepada organ seperti OTAKBanyak KAJIAN menunjukkan AGE dikaitkan dengan penyakit2 seperti :-

  • ALZHEIMER
  • BUAH PINGGANG
  • JANTUNG
  • STROK
  • KENCING MANIS dsb.


3. DECLINING CELLULAR ENERGY PRODUCTION / PENURUNAN PENGHASILAN TENAGA SEL



APA ITU MITOCHONDRIA?

Mitochondria adalah organel yang penting untuk sel. Ia berperanan membantu menjana kuasa tenaga. Dalam 1 sel, terdapat banyak mitochondria. Ia menukarkan nutrien menjadi tenaga dalam bentuk ATP. Semakin meningkat usia kita, semakin kurang bilangan mitochondria di dalam sel badan kita. Tenaga pada sel semakin berkurangan akibat bilangan MITOCHONDRIA yang semakin berkurang.


KENAPA PENTINGNYA MITOCHONDRIA?


Sel memerlukan tenaga untuk melakukan sebarang proses di dalam badan (cth: proses duplikasi sel, nak bagi signal pada sel, untuk maintenance pertumbuhan sel, cell cycle etc.) Jika penuaan badan berlaku dengan cepat, tenaga sel menjadi makin berkurangan.



4. SHORTENING OF TELOMERE / PEMENDEKAN TELOMERE


APA ITU TELOMERE?

Ia berada di bahagian kromosom iaitu di hujung kromosom untuk MELINDUNGI DNA. Dikenali juga sebagai "Protective Cap"!

Semakin bertambah usia, semakin pendek TELOMERE! Maka semakin kurang perlindungan terhadap DNA sel badan.


Lindungi dan peliharalah kesihatan tubuh badan kita di peringkat sel agar kesihatan kita sentiasa berada di tahap optimum!



Your Shaklee Health & Beauty Consultant,
MommyDiamonds 019.532.7438


You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit