Jom Bercuti Ke Port Dickson!

by - 7:37:00 pm

Jom Bercuti Ke Port Dickson! | Hi korang! MD tau ramai di kalangan reader blog ni yang kaki jalan kan? Nak bercuti tak perlu tunggu sampai ke oversea.. Kat Malaysia ni pon ada banyak tempat2 menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Port Dickson, Negeri Sembilan.  So hari ni MD nak cerita sikit antara hotel atau resort menarik di Port Dickson yang kaki holiday seperti korang boleh kunjungi. Sebelum tu jom kita kenal2 dulu tempatnya iaitu Port Dickson.


Port Dickson ialah sebuah bandar pinggir pantai terkenal yang terletak di Negeri Sembilan. Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala LumpurPort Dickson menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa cuti kerana ia merupakan tempat peranginan yang sesuai untuk berkelah, melakukan aktiviti air dan sebagainya. Tidak dilupakan variasi makanan laut yang cukup menyelerakan di sekitar bandar Port Dickson ini disamping kepelbagaian hasil seni tempatan yang boleh dibeli dan dijadikan cenderamata.


Antara tempat yang boleh dilawati di Port Dickson ini adalah Alive 3D Art Gallery, PD Ostrich Show Farm, Rumah Api Tanjung Tuan dan PD Waterfront. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai yang sesuai dikunjungi pada hujung minggu mahu pun ketika bercuti bersama keluarga seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. If ada planning nak ke sini, korang bolehlah layari https://www.traveloka.com/en-my untuk mengetahui promosi hotel-hotel yang terdapat di sekitar Port Dickson. Lepas tu bolehlah menempah hotel murah di Port Dickson ni.. ^_^


Sekarang MD nak share beberapa hotel Port Dickson yang sering dikunjungi para pelancong sebagai lokasi percutian mereka.



Primaland Port Dickson Resort


Traveloka, Tempat-Tempat Menarik Di Port Dickson, Hotel Murah Di Port Dickson

Primaland Port dickson merupakan sebuah hotel di Pasir Panjang, Port Dickson. Dengan harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal, hotel ini merupakan pilihan terbaik jika korang ingin membawa keluarga dan rakan-rakan bercuti bersama. Bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. So, korang tak perlu risau dengan saiz bilik kat sini, memang nice untuk mereka yang datang berkeluarga.


Apa yang menarik tentang hotel ini adalah mereka ada waterpark yang tersendiri. Waterpark kat sini sangat menarik tau. Ada pelbagai permainan yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk meluangkan masa seharian di sini. Tetapi harus diingat, waterpark ini bukanlah percuma ye, so make sure korang check dulu rate untuk masuk ke waterpark ini. Poolnya pula teramat lah besar. If korang bawa kanak2, make sure selalu pantau anak2 korang k.. ^_~


Satu lagi, suasana di sini sangat mendamaikan kerana kawasannya yang lapang dan tidak terlalu sesak. Selain itu, terdapat juga game room untuk yang jenis suka melepak dan kaki game tu. Game room ni sama konsep dia macam arcade yang selalunya ada kat mall-mall tu. Ada macam2 jenis permainan yang korang boleh cuba di sini. Jadi, jangan lupa ke Primaland untuk nikmati hari cuti kalian! ^_^



Ancasa Residence

Traveloka, Cuti-Cuti Malaysia, Tempat-Tempat Menarik Di Port Dickson, Hotel Murah Di Port Dickson

Ancasa Residence merupakan antara serviced apartment yang terkenal di Port Dickson. Dari apartment ni, korang hanya perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit untuk sampai ke pantai. Apa yang bestnya kat sini adalah privasi! Hotel di sini sangat tenang walaupun ianya terletak di sebelah jalan utama. Jadi, MD suggest, sesiapa yang ingin menenangkan fikiran dan lari dari hiruk pikuk kota, inilah tempatnya! ^^,


Selain itu, ianya juga sesuai bagi mereka yang datang untuk berbulan madu. Terdapat 3 pilihan jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu 1 bedroom suites, 2 bedroom suites and 3 bedroom suites. So korang bolehlah decide.. Kalau korang datang berdua, 1 bedroom sudah mencukupi tetapi if korang datang dengan rakan atau satu keluarga besar, pilihlah 2 atau 3 bedroom suites.


Ruang dalam hotel ini sememangnya luas dan selesa. Yang best kat sini ialah korang boleh bersantai dan mandi di pool yang telah disediakan. Selain itu, terdapat juga bilik massage! So, kalau korang rasa lenguh-lenguh badan setelah seharian berjalan ke tempat2 menarik di Port Dickson, korang bolehlah request untuk buat massage di kaunter pendaftaran.


Kawasan apartment di sini juga ada menyediakan banyak pondok-pondok kecil untuk korang bersantai bersama keluarga tersayang sambil menikmati suasana ala-ala garden. And for those yang kaki futsal tu, jangan risau, apartment ni ada menyediakan court futsal untuk korang bersukan. Haa, siapa cakap pergi bercuti tak boleh bersukan? Boleh je kalau korang tau tempat bercuti yang ada sediakan kemudahan macam ni.. Pada sebelah petang pula, korang bolehlah luangkan masa berjalan ke arah pantai untuk menikmati makanan dan minuman yang dijual oleh penduduk tempatan di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang jalan. ^_^


Malaysia ni penuh dengan tempat2 percutian menarik sebenarnya tau. Cuma kita kena rajin google & survey. Dah survey tu, cepat2 semak rate di Traveloka untuk ketahui hotel2 yang sedang promosi. Bolehlah dapat harga murah! Percutian pon jadi lebih seronok! Gittuuuu.. ^^,





You May Also Like

5 Shaklee Lovers Visit

  1. Walk here akk mieza. still ingt sy ?

    nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. setuju tu... cuti-cuti kat malaysia sndri pom best... byk tmpat menarik kan...
    ada jugak wishlist nk ke PD

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya, lama tak peg bercuti. Nanti nak try traveloka la.

    http://axlensa.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Dah lama rasanya tak ke PD. Last tahun 2008 ke 2010 camtu huhu.

    ReplyDelete