Blogger templates

Thursday, 23 February 2017

RUTIN PICIT JARI 5 MINIT BANTU ATASI MASALAH KESIHATAN

RUTIN PICIT JARI 5 MINIT BANTU ATASI MASALAH KESIHATAN | Cuba jadikan memicit jari-jari tangan sebagai rutin setiap hari. Haa, kalau korang nak tau, hanya dengan rutin memicit jari-jari tangan selama 5 minit, pelbagai gangguan pada kesihatan tubuh badan kita boleh dihadapi secara cepat dan efektif. Nak tau bagaimana caranya? Jom ikuti langkah-langkah di bawah! ^_^

6 CARA MEMICIT PADA JARI-JARI TANGAN, YANG MAMPU KEMBALI MENYIHATKAN TUBUH DENGAN CEPAT DAN MUDAH

Picit Jari, Urut Jari, Tekan Jari
Image Extracted From Google

1. Memicit Jari Telunjuk Tangan 
Berdasarkan hasil penelitian yang ada di University of Minnesota, menunjukkan bahawa jari telunjuk merupakan anggota tubuh yang berhubungan dengan kesihatan ginjal.

Bilamana anda merasa ngilu otot, maka picitlah pada bahagian jari ini. Dengan memicit jari telunjuk ini, boleh mengurangkan ngilu otot, rasa takut, dan baik untuk kesihatan ginjal. Seeloknya amalkan memicit pada bahagian jari telunjuk ini sekurang-kurangnya 5 minit sehari secara rutin, hingga rasa sakit akibat ngilu pada otot mula berkurangan.


2. Memicit Ibu Jari Tangan
Ibu jari tangan merupakan anggota tubuh yang diyakini berhubungkait dengan organ limpa serta perut. Bahkan ibu jari juga berpengaruh pada tahap kecemasan dan stres yang ada pada diri seseorang.

Jika anda merasa bad mood atau letih, cuba picit bahagian ibu jari selama 5 minit hingga rasa lelah, bad mood, dan stres yang anda alami berkurang dengan baik. Dengan begitu, keadaan selesa pada tubuh akan kembali pulih.


3. Memicit Jari Manis Tangan
Fungsi memicit bahagian jari manis di tangan boleh digunakan untuk mengatasi rasa resah, risau, dan permasalahan pada sistem pencernaan. Hal demikian kerana dengan memicit bahagian jari manis di tangan,  diyakini boleh mengembalikan suasana tenang pada hati yang sedang resah, gelisah, mahupun risau.

Rutin ini juga boleh membantu memperbaiki proses pencernaan supaya berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, memicit bahagian jari manis ini juga boleh digunakan untuk menyihatkan pernafasan. 


4. Memicit Jari Tengah Tangan
Bilamana diri terasa letih atau sering marah, cuba picit bahagian jari tengah di tangan sebagai pusat refleksi untuk mengatasinya. Hal ini kerana memicit bahagian jari tengah di tangan, akan boleh mengurangkan tahap emosi negatif. Jadikan rutin memicit jari tengah di tangan selama 5 minit sehari sehingga rasa marah, sakit hati boleh dikawal dengan mudah. Selain itu, memicit bahagian jari tengah ini, juga membantu menyihatkan organ hati di dalam tubuh.


5. Memicit Bahagian Tapak Tangan
Dengan memberi sedikit picitan/tekanan pada bahagian telapak tangan, dapat membantu tubuh meredakan cirit birit, rasa mual, dan sembelit


6. Memicit Jari Kelingking Tangan
Kesan kepada memicit jari bahagian kelingking dapat membantu mengatasi rasa gementar dan gugup. Di mana dengan memicit jari kelingking ini, akan memberikan rasa nyaman dan terhindar dari kegelisahan, serta gementar yang dialami. Secara tidak langsung dengan memberikan tekanan/picitan reflek pada bahagian jari kelingking ini juga dapat membantu meningkatkan rasa percaya dan yakin diri.



*NotaDiamonds : Ketika sedang memberi picitan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas, lakukanlah dengan pernafasan yang teratur iaitu tetap dalam keadaan rehat. Dengan begitu, ianya boleh memberikan hasil yang maksima dalam menyihatkan keadaan kesihatan tubuh badan, baik dari segi mental mahupun permasalahan tubuh lain. Selamat mencuba! ^_~



No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com