SUPLEMEN OMEGA-3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN BAYI

by - 8:30:00 am

SUPLEMEN OMEGA-3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN BAYI | Banyak penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 dalam pemakanan pada bayi memberikan banyak manfaat terutama dalam perkembangan awal mereka. Dalam penyelidikan yang terbaru menunjukkan bahawa manfaat yang sama dapat diberikan kepada bayi yang masih berada di dalam rahim dan bayi yang baru dilahirkan jika ibu yang hamil mengambil Omega-3 sebagai suplemen tambahan mereka setiap hari.


Ini kerana Omega-3 yang mengandungi DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi, terutama dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan mereka. Otak dan sistem saraf memerlukan DHA dari Omega-3 yang banyak.


Dalam kajian yang dilakukan, tempoh 6 bulan pertama dalam kehidupan, bayi-bayi yang ibu mereka mengamalkan suplemen Omega-3 ketika hamil, mempunyai tahap perkembangan kognitif 2 bulan lebih ke hadapan berbanding dengan bayi yang lain. Bayi yang lahir dari ibu-ibu yang mengamalkan suplemen Omega-3 mempunyai penglihatan dan pengamatan yang lebih baik sehingga mereka berumur 2 tahun.


DHA yang terkandung di dalam Omega-3 boleh didapati secara semulajadi di dalam susu ibu dan kini boleh juga didapati dari susu formula dan beberapa makanan bayi. Ia juga boleh didapati dari ikan salmon, ikan tuna dan ikan kod.

Oleh itu dinasihatkan agar wanita yang hamil supaya mengamalkan suplemen Omega-3 dalam dos antara 600-1000mg sehari.


OmegaGuard™ Shaklee  Bergred Farmaseutikal Tulen

Omega-3 Shaklee, OmegaGuard, Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Lemak Omega-3

OmegaGuard™ membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Ia dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

#NotaDiamonds : Satu sajian OmegaGuard membekalkan 905mg asid lemak Omega-3!





You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit