Blogger templates

Monday, 17 April 2017

10 Langkah Yang Betul Membekukan Makanan Bayi

10 Langkah Yang Betul Membekukan Makanan Bayi | Semua ibu ingin menyediakan sendiri makanan untuk bayi mereka. Jika boleh ibu mahu memberikan makanan yang dimasak sendiri berbanding makanan bayi segera.


Bagi ibu yang bergelar surirumah tentu sahaja ia tidak menjadi masalah tetapi bagi ibu yang bekerja, kadang kala kekangan masa membataskan ibu untuk menyediakan makanan bayi setiap hari.


Image Extracted From Google

Namun, jangan risau tentang hal tersebut. Ada penyelesaiannya di mana ibu tetap boleh menyediakan makanan bayi setiap hari dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan masa. Bagaimana? Pernahkah anda terfikir untuk menyimpan stok makanan bayi seperti mana menyimpan stok susu perahan di dalam peti sejuk? Bolehkah?


Tahukah anda, kita sebenarnya boleh menyejukbekukan makanan bayi sebagai stok yang boleh menjimatkan masa penyediaan. Tetapi sebelum membuat stok makanan bayi sejuk beku, para ibu perlu tahu tentang beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan.


Perut bayi lebih sensitif berbanding orang dewasa. Jadi kita perlu mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan untuk bayi kita. Beberapa langkah yang betul dalam penyediaan makanan sejuk beku bayi juga perlu diketahui dan diikuti.

1. Apakah Jenis Makanan Yang Boleh Dibekukan?
Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang peas, kentang, labu dan sebagainya lagi.
2. Bagaimana Kaedah Penyimpanan Makanan Sejuk Beku Bayi?
Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi. Jika menggunakan bekas ais, pastikan anda menutupnya dengan baik. Setelah makanan membeku, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebut sebelum ia dimeterai.
3. Bagaimanakah Proses Membekukan Makanan Bayi?
Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.
4. Pentingnya Label
Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga 4-6 bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan sehingga 2 bulan sahaja. Bagaimanapun seeloknya habiskan dalam masa kurang dari sebulan.
5. Had Masa
Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.
6. Tidak Lebih Dari 2 Jam
Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi 2 jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan tersebut.
7. Jangan Bekukan Semula!
Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku. Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak. Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.
8. Panaskan Tidak Lebih Dari Sekali
Jangan panaskan makanan bayi lebih daripada sekali.
9. Bagaimanakah Cara Memanaskan Makanan Beku?
Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, ibu hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.
10. Tak Habis? Buang Sahaja!
Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.



Bagaimana para ibu? Mudah bukan? Jika anda mengikut dengan betul langkah untuk membekukan makanan bayi, sudah tentu anda dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat untuk si manja. Paling penting, anak tersayang dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri. Happy feeding mommies! ^_~


Read More

Thursday, 13 April 2017

OXYGEN DOLL FOUNDATION BY RZN BEAUTY

OXYGEN DOLL FOUNDATION BY RZN BEAUTY | Anda mengalami masalah PARUT? Kesan CELA? PIGMENTASI yang teruk? Sudah mencuba pelbagai produk tetapi tidak berkesan? Impikan makeup yang TAHAN LAMA, RINGAN, TIDAK BERMINYAK, GLOWING & BERSERI-SERI sepanjang hari? Inilah produk paling tepat dan semakin laris di pasaran hari ini! OXYGEN DOLL FOUNDATION BY RZN BEAUTY merupakan foundation pertama yang dapat menutup semua cela-cela di wajah anda dan menghilangkan masalah sepantas 3 saat!

Kelebihan Oxygen Doll Foundation By RZN Beauty

KELEBIHAN OXYGEN DOLL FOUNDATION BY RZN BEAUTY :-
  1. Mengandungi SPF50 PA++.
  2. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  3. Bertahan selama 16 JAM berbanding bedak biasa hanya 6 jam.
  4. 100% menutup PIGMENTASI, PARUT, CELA, JERAWAT, dan NODA HITAM.
  5. Boleh dibawa berSOLAT kerana ia tidak mengandungi silikon yang menghalang air dari memasuki liang-liang kulit.
  6. Ringan dan lembut pada kulit.
  7. Anti-kilauan / TIDAK BERMINYAK.
  8. Melindungi kulit dari sinar UV (punca pigmentasi)
  9. Mudah digunakan dan TIDAK MELEKIT.
  10. Tidak menyebabkan pori-pori kulit tersumbat.
  11. Kulit terasa RINGAN, TIDAK MELEKIT, dan kelihatan GEBU.
  12. Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan, photoshoot, dan lain-lain.

Kelebihan Oxygen Doll Foundation By RZN Beauty


2 PILIHAN KOD OXYGEN DOLL FOUNDATION BY RZN BEAUTY :-

*Kod 01 - Petal (Natural)
*Kod 02 - Beige (Dark)

CARA PENGGUNAAN OXYGEN DOLL FOUNDATION BY RZN BEAUTY :-
  1. Sebelum mengenakan foundation, pastikan kulit muka bersih dari kekotoran.
  2. Sapukan pelembap muka atau serum dan biarkan seminit untuk ia menyerap ke dalam kulit. 
  3. Kemudian, calitkan sedikit foundation di dahi, dagu, hidung, dan kedua-dua belah tulang pipi.
  4. Spray MAGIC SPARKLING WATER ke atas span/beauty blender dan ratakan foundation dengan menggunakan span/beauty blender basah tadi untuk sapuan yang lebih sekata.
  5. Akhir sekali, anda boleh apply apa-apa jenis bedak tanpa foundation seperti LOOSE POWDER POP atau boleh juga terus apply BLUSHERINA ke pipi tanpa bedak untuk efek kulit lembap dan glowing.
  6. Ikuti dengan langkah2 makeup biasa yang lain.
Kelebihan Oxygen Doll Foundation



Follow PAGE : Beauty By Diamonds
Like INSTAGRAM : @beautybydiamonds




Read More

Wednesday, 12 April 2017

3 PETUA ATASI MASALAH SEMBELIT SI MANJA TANPA PERLU MAKAN UBAT

3 PETUA ATASI MASALAH SEMBELIT SI MANJA TANPA PERLU MAKAN UBAT | Sembelit bagi bayi bukanlah satu masalah baru yang kita dengar, ianya seakan-akan menjadi antara satu perkara yang akan dialami bagi setiap bayi yang baru lahir.

Image Extracted From Google

Antara Petua Yang Boleh Diamalkan Ialah:

1. Mandikan Bayi.
Apa yang kita rasa selepas mandi?? SEGAR, SELESA, NYAMAN. YES!! That’s right. Apabila bayi merasa tenang dan segar, ini akan memberi satu perasaan yang sangat positif buat bayi seterusnya membantu bayi membuang dan najis mudah dikeluarkan.

2. Mengurut Perut Bayi
Teknik yang mudah dan senang, tetapi awasi agak tidak tersalah urut. Mulakan dengan bahagian pusat secara perlahan kemudian bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut pusingan jam. Boleh gunakan minyak bayi dan minyak lain yang sesuai.

3. Pemakanan
Khasnya bagi bayi yang sudah boleh menerima makanan selain susu ibu, cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.


Cara-Cara Berikut Juga Boleh Membantu:

Cuba gerak-gerakkan secara perlahan pergelangan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya. buat gerakan seolah bayi sedang mengayuh basikal.


Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, kurangkan makanan yang menjadi penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.


Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal. Dengan perhatian ibu dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, bayi akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap teratur



*Sumber : UrusBayi Dot My


Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com