10 Langkah Yang Betul Membekukan Makanan Bayi

by - 8:36:00 pm

10 Langkah Yang Betul Membekukan Makanan Bayi | Semua ibu ingin menyediakan sendiri makanan untuk bayi mereka. Jika boleh ibu mahu memberikan makanan yang dimasak sendiri berbanding makanan bayi segera.


Bagi ibu yang bergelar surirumah tentu sahaja ia tidak menjadi masalah tetapi bagi ibu yang bekerja, kadang kala kekangan masa membataskan ibu untuk menyediakan makanan bayi setiap hari.


Image Extracted From Google

Namun, jangan risau tentang hal tersebut. Ada penyelesaiannya di mana ibu tetap boleh menyediakan makanan bayi setiap hari dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan masa. Bagaimana? Pernahkah anda terfikir untuk menyimpan stok makanan bayi seperti mana menyimpan stok susu perahan di dalam peti sejuk? Bolehkah?


Tahukah anda, kita sebenarnya boleh menyejukbekukan makanan bayi sebagai stok yang boleh menjimatkan masa penyediaan. Tetapi sebelum membuat stok makanan bayi sejuk beku, para ibu perlu tahu tentang beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan.


Perut bayi lebih sensitif berbanding orang dewasa. Jadi kita perlu mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan untuk bayi kita. Beberapa langkah yang betul dalam penyediaan makanan sejuk beku bayi juga perlu diketahui dan diikuti.

1. Apakah Jenis Makanan Yang Boleh Dibekukan?
Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang peas, kentang, labu dan sebagainya lagi.
2. Bagaimana Kaedah Penyimpanan Makanan Sejuk Beku Bayi?
Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi. Jika menggunakan bekas ais, pastikan anda menutupnya dengan baik. Setelah makanan membeku, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebut sebelum ia dimeterai.
3. Bagaimanakah Proses Membekukan Makanan Bayi?
Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.
4. Pentingnya Label
Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga 4-6 bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan sehingga 2 bulan sahaja. Bagaimanapun seeloknya habiskan dalam masa kurang dari sebulan.
5. Had Masa
Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.
6. Tidak Lebih Dari 2 Jam
Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi 2 jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan tersebut.
7. Jangan Bekukan Semula!
Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku. Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak. Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.
8. Panaskan Tidak Lebih Dari Sekali
Jangan panaskan makanan bayi lebih daripada sekali.
9. Bagaimanakah Cara Memanaskan Makanan Beku?
Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, ibu hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.
10. Tak Habis? Buang Sahaja!
Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.



Bagaimana para ibu? Mudah bukan? Jika anda mengikut dengan betul langkah untuk membekukan makanan bayi, sudah tentu anda dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat untuk si manja. Paling penting, anak tersayang dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri. Happy feeding mommies! ^_~


You May Also Like

2 Silent Hunter's Footprints

  1. Good tipss! Boleh guna bila dh ada anak! thanks!

    ReplyDelete
  2. I'm a new mother, though... so this helps a lot.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete