3 PETUA ATASI MASALAH SEMBELIT SI MANJA TANPA PERLU MAKAN UBAT

by - 10:46:00 am

3 PETUA ATASI MASALAH SEMBELIT SI MANJA TANPA PERLU MAKAN UBAT | Sembelit bagi bayi bukanlah satu masalah baru yang kita dengar, ianya seakan-akan menjadi antara satu perkara yang akan dialami bagi setiap bayi yang baru lahir.

Image Extracted From Google

Antara Petua Yang Boleh Diamalkan Ialah:

1. Mandikan Bayi.
Apa yang kita rasa selepas mandi?? SEGAR, SELESA, NYAMAN. YES!! That’s right. Apabila bayi merasa tenang dan segar, ini akan memberi satu perasaan yang sangat positif buat bayi seterusnya membantu bayi membuang dan najis mudah dikeluarkan.

2. Mengurut Perut Bayi
Teknik yang mudah dan senang, tetapi awasi agak tidak tersalah urut. Mulakan dengan bahagian pusat secara perlahan kemudian bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut pusingan jam. Boleh gunakan minyak bayi dan minyak lain yang sesuai.

3. Pemakanan
Khasnya bagi bayi yang sudah boleh menerima makanan selain susu ibu, cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.


Cara-Cara Berikut Juga Boleh Membantu:

Cuba gerak-gerakkan secara perlahan pergelangan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya. buat gerakan seolah bayi sedang mengayuh basikal.


Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, kurangkan makanan yang menjadi penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.


Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal. Dengan perhatian ibu dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, bayi akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap teratur



*Sumber : UrusBayi Dot My


You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. thanks sharing ..bila anak sembelit,tak boleh nak membuang,mak² yang risau..lagilah dia tak pandai nak bercakap lagi kan

    ReplyDelete