AIDILFITRI 2017

by - 4:41:00 pm

AIDILFITRI 2017 | Salam 10 Syawal 1438H. Baru nak up cerita raya uolls.. Ahahaha! Alah, raya MD biasa2 je. Tak ada yang extravaganza pon. Gambar raya pon tak berapa nak ada. Begini rupamya gaya bila beraya dengan anak kecil ye. Buat apa pon tak dan.. Busy nau2 mak jadinya..


Tema tahun ni merah maroon kelabu.. Tu pon pakat mix & match baju recycle. Beli baju raya untuk anakanda je. Outfit mak pak pakat cari baju lama yang senada dengan anak. Mujurlah mak bijak main match2.. Tihihi! 


Ikutkan nak tema lain. Tapi biasalah, kerjaan last minit ni memang payah nak menjadi. Maka kita carry forward ke tahun depan jelah. Tu pon kalau termenjadi. Rasa dah bertahun2 fah asik carry forward je.. Kahkah! Nak jadikan ia, mak kena bertindak berlangkah2 ke hadapan dulu. Kalau selangoah dua tak jadi punya. Harap Pak Diamond tak kepelikanlah mengkalau mommymung tiba2 ajak cari kain nak buat baju.. ^^,


Plan raya pon ke laut jugak tahun ni. Sebelum puasa tu kemainlah havic group family duk plan macam2. Sekali hari kejadian semua pakat duk huru hara. Sampai kampung halaman pon lambat tahun ni. Kesibukan ke hulu ke hilir delivery kuih raya sangat. Hahaha! 


Apa2 pon, syukur sangat2 kerana masih diberi rezeki & kesempatan meraikan aidilfitri tahun ni dengan insan2 tersayang di sisi.. Tak berbaju baru tak menjadi hal, asalkan insan2 tersayang sentiasa di sisi.. Barulah raya.. Okaylah, nanti sambung lagi ye.. Menaip dengan kelajuan maksima ni, sebelum anakanda take over talipon ibu.. ^^.





You May Also Like

2 Silent Hunter's Footprints

  1. Blogwalking! meh singgah.. hehe

    http://kedinkyst.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. blogwalking

    robiahtul.blogspot.com

    ReplyDelete