DUIT RAYA TAHUN PERTAMA ANAKANDA NAUFAL

by - 2:01:00 pm

DUIT RAYA TAHUN PERTAMA ANAKANDA NAUFAL | Tahun ni merupakan tahun pertama anakanda #PuteraSoleh #ImamMuda Ahmad Naufal 'Aziz beraya. Walaupun hanya bersederhana, ianya amat bermakna buat ibu ayah. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kami suami isteri rezeki beraya dengan kehadiran cahayamata pertama kami pada tahun ni. Alhamdulillah..


Dah bertahun tak merasa collect duit raya. Selalu menghulur je, tahun ni menadah sekali. Hahah! Tapi tolong tadah/collect untuk anakanda je la.. Mak pak memang tak merasa dah nak terima duit raya ni. Dah kertu2 ni bagi can kat anak2 cucu lah pulak merasa. Kita pakat tong2 memberi.. Gittuuuu..^^,


Duit2 pemberian sanak saudara & handai taulan untuk anakanda Naufal ni termasuk duit 'welcome to the world' masa baru lahir dulu akan disimpan dalam satu akaun nanti termasuk akaun i-SPNnya. Akaun i-SPN dah buka dah masa umurnya 4 bulan dulu. Nanti nak buka akaun tabung haji pulak. Atau ASB.. Tengoklah mana yang bagi benefit terbaik.. Tengah survey2 lagi..


Okaylah, sekian  dulu untuk hari ni.. Jumpa di next entry.. Xoxo!💋



You May Also Like

1 Silent Hunter's Footprints

  1. wahhh, bestnya dapat duit raya,.
    untuk Nurrul ada tak akak ?

    Lamanya tak dapat jenguk blog.. Selamat Hari Raya kak,, Maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete