KUIH RAYA ISTANA

by - 11:36:00 am

KUIH RAYA ISTANA | Tahun ni sambutan projek kuih raya 2017 tersangatlah memberangsangkan. Jumlah tempahan melepasi target asal. Syukur, alhamdulillah. Bila niat kita untuk membantu dengan ikhlas, apetah lagi orang yang diniatkan tu adalah orang tua kita sendiri, Allah pasti akan bantu. Rasa berbesar hati sangat dapat mempermudahkan urusan orang tua sendiri.


Syawal 1438H

Tak habis lagi cerita tempahan kuih raya tu tau. Tapi hari ni sajalah nak up cerita kuih raya istana ni. Nak up cerita raya tak ada bergambar sangat pulak walaupun banyak jugak sebenarnya boleh ditulis kat blog ni tentang sambutan aidilfitri tahun ni. Nantilah tunggu MD godek2 gambar yang boleh tempek kat sini then MD up cerita raya, cerita kuih raya segala2 raya tu naa..


Sementara idea datang ni MD tulislah jelah dulu apa2 yang boleh. Saja nak bagi 'nafas' kat blog ni. Ahahaha! Okaylah, kuih raya istana ni kitorang selalu akan dapat rasa setiap kali raya puasa. Tapi nak merasanya tu kenalah ke rumah maksu (chu) belah suami. Kuihnya macam yang biasa kita jumpa jugak.. Ada almond london, tart nenas, biskut dahlia etc. 


Tak ada yang luar biasa pon sebenarnya. Cuma istimewa didatangkan khas dari istana negara dengan packaging mewah. MD duk menunggu kotak mewahbtu je kot2la boleh dirembat pulang. Boleh jugak buat isi brooch ke, alat2 makeup ke.. Ahahhaa! Tu jelah kelainannya. Rasa? Erm, pada MD biasa2 je rasa dia. Sedap lagi #SweetCookiesBP MD.. Hallamakkk, matilanakkkk puji kuih jualan sendiri.. ^..^"



You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit