MAKAN-MAKAN HUJUNG MINGGU!

by - 9:34:00 am

MAKAN-MAKAN HUJUNG MINGGU! | Assalamualaikum! Hai uolls! Lama terperam entri ni. Ahaha! Kejadian pada 20 Ogos, tapi sempat draft gambar only 2,3 hari lepas tu. Kemudian, peram sampai basi. Aiyoo! Well, hari ni cuba juga update blog dengan cerita basi ni. Sekadar nak menghidupkan blog dan sebagai kenangan cerita sendiri dengan kawan-kawan.


So, dipendekkan cerita last 2 weeks my besties datang rumah. Saja masak-masak & makan-makan ramai-ramai. Maklumlah, bila masing-masing tinggal berjauhan dengan keluarga ni, harap kawan-kawan jelah kalau nak berkumpul dan nak buat havoc pon. Bukan apa, sesekali dapat berkumpul makan rebut-rebut cicah budu ni pergh! Seronok weyh! Kalau makan sorang-sorang atau berdua dengan suami je tak feel. I mean makan budu.. Hehe.. 

Menu : 'Kampung Cuisine' uolls.. Melazatkan..
Menu hari tu, we olls decided untuk masak stail kampung simple2 je. Maka terjadilah lauk kacang panjang masak lemak (buh isi ikan selayang lebih sikit, pergh! Pekat melikat lazatttt..), ikan cencaru bakar, ayam masak merah (takde dalam gambar, tukang sponsor tak sampai lagi masa tu..), ulam-ulaman, sambal belacan (pon takde dalam gambar, sponsorhip orang yang sama dengan ayam masak merah..), anddddd of courseeee BUDU!!!!

Agar-agar lumut asal boleh nama diberi..
Pencuci mulut by me.  Agar-agar lumut. First attempt! Mujurlah menjadi walau tak seberapa. Oh! Untuk pengetahuan uolls, iolss is saaaangatttt tak terer bab buat kuih-muih termasuk agar2 ni tau. Kadang jadi lembik. kadang terlebih keras, kadang manis ting2, kadang tawor lembor. Huk aloh, paroppp.. -..-" Ni pon main hentam je buat. Adalah jugak tanya kakak-kakakku. Dapat tau bahan nak buat pon jadilah, sukatan semua main bedal. Tu ada telur ketul2 tak hancur pasalnya aku pi tambah telur lagi sebijik lepas dah nak masak.. Wakakaak! Buh sebiji awalnya bancuh sekali dengan santan. Lepas tu rasa macam tak cukup ja teloq nih.. Langsung pi tambah lagi sebiji hujung2.. Menjadilah sebegitu rupa. Tak semenggah kejadiannya. Mujurlah depa mai bawak buah-buahan dan kuih jugak. So tiadalah pasghah sangat makan agar-agar sisturrr yang nan hado ni.. Ahahaha!

Celop! Cicah! Celop! Cicah! Rebut2 makan seronok hoiii..
Makan berebut2 sambil bergoncos demgan anak2.. 
Ni semua besties sejak form 2 lagi. Masing-masing dah beranak-pinak. Yang dua tu tengah membuyung. ^_^
Layan anak-anak mandi kolam

Petang lepas asar bawak anak-anak mandi kolam pulak. Bagi lepas hawa. Sebab dah janji so kenalah bawak. Kang tak ditunaikan, depa pakat berkomplot 'menyanyi' kat telinga mak pak masing2 nak mandi kolam nakmandi kolam. Mau seminggu tak habis lagi bernyanyian. Ahahaha! Si #puterasoleh ku tu first time kena rendam dalam kolam. Biasa rendam kat pantai ja. Tapi tak khuatir sangat sebab dia memang suka main air. Masa tengah preggykannya dalam 2-3 bulan tu maknya galak lagi duk berendam dalam kolam. Cramp2 perut mak sibuk nak belajar berenang. Mak pon, masa pregnant tu lah pon nak belajar berenang. Haduiiiilaaa..

Para mak-mak
Macam biasa, persatuan mak-mak akan setia menjadi pemerhati di pinggiran. Sesambil menyembang gosip2 seperenggan dua. Ahahaha! Sorang missing in action. Si suaminya sakit kepala berdenyutan tak cukup tidur. So balik awal. Huhu.. Takpelah, next time boleh berkumpul lagi. Halah, rumah memasing sekangkang kera ja pon. In Shaa Allah semoga ada kelapangan, boleh gather2 lagi. 


Kbai! Xoxo!


Thank you sudi baca..


You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit