REVIEW : LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER

by - 2:56:00 pm

REVIEW : LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER | Assalamualaikum. Hai uolls! Ada tak di kalangan reader blog MD sekarang yang baru lepas bersalin & sedang dalam tempoh berpantang? Antara barang yang perlu ada sepanjang tempoh berpantang ni semestinya bengkung ye tak? Even dah habis pantang pon bengkung still antara barang penting untuk mommies especially yang menyusukan anak secara direct.


Ada yang kata kalau berat badan ko tak naik, dah memang sedia kurus & perut pon tak menggeleber lepas bersalin, tak payah nak berbengkung2 lah. Eh2, jangan ambil remeh tau bab bengkung ni. Bengkung bukan untuk mereka yang ada masalah berat badan berlebihan atau yang perut menggeleber sahaja tau. Bengkung juga membantu untuk kembalikan postur badan yang betul.


Macam MD sendiri, walaupun MD memang sejak azali lagi memang sejenis kurus keding, perut buncit pon tak berapa nak nampak sebab kurus, tapi bengkung adalah satu benda penting & perlu sangat untuk MD. MD still fully breastfeed anakanda si #PuteraSoleh, and mommies yang ada experience direct feeding baby tu tau la kan betapa lenguhnya pinggang, sakit belakang, pinggul pon sakit membawak ke pangkal peha sampai ke kaki. Pendek kata lenguh satu badan. Jadi bengkung pada MD adalah satu keperluan untuk support tulang belakang & bantu perbaiki postur badan para ibu.


Kalau dulu2, orang pakai bengkung jahit sendiri je wak. MD pernah merasa pakai bengkung yang mak MD jahit sendiri. Hehe.. Alaa, yang ada tali banyak2 tu, macam barut baby tu. Pergh! Memang sedap sungguh kalau pakai tu. Rasa kemas kejap ja body. Tapi leceh sikitla sebab agak memakan masa nak ikat2 tali temali yang banyak ituuuu.. Luckily, sekarang ni dah ada macam2 jenis bengkung moden di pasaran. Salah satunya yang MD sendiri sedang guna sekarang ialah LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER.

Lunavie, Postpartum Abdominal Binder

At first, MD macam tak berapa yakin bengkung ni dapat bantu mengurangkan sakit or lenguh2 pinggang & belakang MD tau. Sebab dia elastik. So dalam fikiran MD, kalau dah elastik ni boleh ke support body posture?? Ernmm.. Tapi kannnn, lepas dah cuba selama lebih kurang 2 minggu ni, amazingly segala lenguh2 tu dah berkurang. And boleh kata semakin hilang bila MD kerap pakai LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER ni.


Waktu menyusu pon rasa seronok je sebab pinggang tak lenguh. Sampaikan waktu tido pon MD pakai jugak tau. Yelah, anakandaku suka terjaga malam2 cari 'mbak' (bahasa dia bila cari susu).. Terjaga pulak tu bukan sekali dua, mau 5-6 kali. Sekali mengempeng bukan sekejap2. Lama huiii.. Maka mak kena guna teknik ninja berguling, bertiarap, menyendeng & segala bagai teknik yang boleh sepanjang malam tu demi memenuhi konsep supply & demand. Guhuhu~ Lenguh tau dak lenguh. 


Tapi kan yang bestnya, bengkung ni tak rasa panas pon walau ko pakai sepanjang malam. Tak ada masalah peluh menjejes, berendam peluh asyem ke apa ke. Very breathable. Bangun pagi2 kurang lah sikit masalah sakit urat, lenguh badan semua tu. Eh2, panjang pulak testimoni. Ajomslah MD share sikit tentang LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER.





LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER

LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER adalah bengkung moden yang diperkenalkan oleh Caely yang direka untuk membantu anda kembali ke bentuk badan yang langsing selepas bersalin. 


Keistimewaan LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER:
  • Membentuk kembali bentuk badan.
  • Membantu dalam mengempiskan perut, khasnya bagi ibu2 yang bersalin secara pembedahan. Turut sesuai digunakan oleh ibu2 yang bersalin secara normal. 
  • Mempunyai strip/velcro boleh laras untuk memudahkan pemakaian.
  • Fabrik yang tidak panas (membenarkan pengudaraan untuk keselesaan).
  • Terdapat dalam beberapa saiz (M, L, XL, dan XXL) untuk menyesuaikannya mengikut keselesaan dan saiz badan yang berbeza.





MD attach sekali measuring untuk setiap saiz. Kalau nak beli, make sure saiz tu betul2 ngam dengan saiz badan masing2 k. Sebab kalau besar sangat nanti dia tak fit bila pakai. Kalau tak fit, memang tak sedap lah pakai. Efek pon tak rasa sangat nanti. MD punya saiz M. Paling kecik. Maklumlah spesies 'kering'.. Hahaha! Mulanya agak dukacita jugak sebab tak ada saiz S sebab kalau ikut saiz baju selama ni memang pakai S. Tapi gamble jugak amik saiz M. Mujurlah elok je ngam. So bagi bersaiz S tu jangan risau, uolls boleh amik saiz M. In Shaa Allah boleh fit dengan saiz kita yang kecik ni.. ^_^


So uolls, kalau nak cuba LUNAVIE POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER ni, boleh dapatkan di :


FACEBOOK : mylunavie 
INSTAGRAM : lunavie_com
WEBSITE : www.lunavie.com



You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit