SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA KORBAN!

by - 7:00:00 am

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA KORBAN! | Assalamualaikum semua.. Selamat menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Korban! Pasti semua dah selamat tiba di kampung halaman masing2 kan? Alhamdulillah, mesti meriah sambutan merdeka dan hari raya korban tahun ni. Perayaan berganda gittuuuu.. 


So hari ni sambut merdeka kat mana tu? Kekza tak ke mana pon, sambut kat rumah je sambil tengok perarakan dan sambutan merdeka dalam tv. Memang tak ada plan nak ke mana2 sebab anakanda si #PuteraSoleh kecik lagi. Tambah pulak dalam fasa kemuncak mengeksplore tanpa batasan sekarang ni. Fuh! Mak surrender awal2.. ^_^"

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Biasalah setiap tahun akan mula tanam azam nak memerdekan diri dari perkara2 yang kurang baik kepada yang lebih baik. Sama macam nak sambut tahun barulah jugak. Azam macam2. Begitu begini begitu begini, hujung tahun masih tak tercapai dek akalku. Terus carry forward ke tahun depan. Pasang azam lagi dan lagi dan lagiii dannnn entah bila nak capai pon tak tau.-..-||


Tapi kali ni kalau boleh tak nak lah di carry2 lagi. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah. Bersempena dengan bulan yang istimewa, hari istimewa iaitu Hari Merdeka, bersambung pulak dengan Hari Raya Korban esok, rasanya dah tiba masanya untuk lakukan sesuatu pada diri sendiri, keluarga, dan bisnes. 


Segalanya bakal bermula SEPTEMBER ini! In Shaa Allah. Sekarang tak boleh nak bagitau apa benda yang sedang Kekza rencanakan. Sebab segalanya masih terlalu awal untuk dikongsikan. Apa pon, terasa bererti sangat makna KEMERDEKAAN dan PENGORBANAN tahun ni. Apa yang Kekza harapkan, agar semua cita2 dan harapan Kekza kali ni 'menjadi' dan sukses dengan cemerlangnya!


Ya Allah, tak pernah rasa bersemangat macam ni. Ish! Tak sabar nak tunggu 27 SEPTEMBER! Kekalkanlah semangat dan momentumku Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Wahhab, Ya Razzaq, Ya Azziz..~ <3


Uolls pon tolong doakan Kekza naa.. Till then, jumpa lagi dalam next entri, In Shaa Allah. Happy holiday semua! 


Thank you sudi baca..Xoxo!



You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit