2 KESILAPAN UTAMA TENTANG SUPLEMEN

by - 6:50:00 pm

2 KESILAPAN UTAMA TENTANG SUPLEMEN | Assalamualaikum. Apa khabar semua! Hari ni KekZa nak cerita sikit tentang suplemen atau dengan nama lain makanan tambahan. Raaaamaiiii sangat selalu salah tanggapan pada suplemen. Bagi mereka suplemen ni ubat. 

Image Extracted From Google

KekZA selalu terima soalan macam ni dari customer, 

"Sis, Shaklee ada tak ubat untuk kencing manis?";

"Assalamualaikum puan, saya nak order ubat untuk penyakit gout. Ada tak?"; 

"Salam kak, saya nak repeat order ubat jerawat hari tu. Ada stok tak?".. -_-"


Biasanya KekZa akan brief siap2 kat customer KekZa tentang suplemen Shaklee ni. Sebenarnya suplemen Shaklee ni hanyalah makanan tambahan dalam bentuk tablet atau cecair yang dihasilkan untuk memudahkan pengambilan dengan tujuan membantu kita mengekalkan kesihatan secara optimum. Ia tidak bertujuan untuk merawat atau mendiagnosis sebarang penyakit.


Tujuan KekZa adalah supaya customer betul2 faham konsep makanan tambahan atau suplemen ni. Bila dah faham baru senang KekZa nak guide.


So hari ni KekZa nak share 2 kesilapan yang selalu orang sebut tentang suplemen. 


2 Kesilapan Utama Tentang Suplemen.  

1. Menganggap Suplemen Sebagai Ubat

"Puan, confirm ke kalau minum Vivix ni penyakit kanser mak saya boleh sembuh?"

"Saya nak try lah Omega Guard ni sis, boleh turunkan tekanan darah kan?"


Aduhhh, yadikkk manisss, kakak cantikkkk. Kami sebagai SID ditegaskan supaya tidak overclaim produk Shaklee. Setiap produk ada kebaikan tersendiri dalam mengatasi kelompongan nutrisi pada tubuh kita. Dalam kes penyakit2 tertentu, kami hanya memberi cadangan suplemen terbaik untuk bantu memperbaiki tahap kesihatan customer. 


Contoh, katalah masalah penyakit kanser. Yes! KekZa memang akan suggest Vivix. Tapi bukan bermaksud Vivix tu ubat untuk merawat kanser tu. Tapi sebab cara ia menambahbaik kesihatan diperingkat sel. Sel2 kanser akan merosakkan sel2 badan kita yang sihat menyebabkan sel2 sihat dalam badan kita semakin berlkurang dan lemah. Jadi Vivix akan bantu sel2 badan kita yang menentang serangan radikal bebas termasuk sel2 kanser tadi. Dalam pada masa yang sama ia membantu regenerate semula sel2 yang baru. 


Kena faham ye, lemak dan kolestrol dah terkumpul & terbina dalam badan kita bukan dalam sehari. Dah berapa usia kita sekarang? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Kita makan hari2 sepanjang tempoh usia kita ni. Jadi, jangan assume semua produk kesihatan tu mende magik. Makan seminggu dah nak hasil bombastik. Bagilah suplemen tu buat kerja dia at least 5-6 bulan.


Dalam pengambilan suplemen ni, mesti nak kena disiplin & konsisten. Janin pun cukup sifat hanya bila umur 6 bulan dalam kandungan. So, silalah cuba konsisten 6 bulan sekurang-kurangnya okay? ^_^


2. Makan Suplemen Bila Sakit

Boleh dikatakan lebih daripada separuh prospek yang datang cari KekZa, nak beli suplemen sebab ada masalah kesihatan tertentu. Dan majoritinya baru datang kesedaran nak amal makan suplemen bila didiagnos menghidapi penyakit2 berat seperti sakit jantung, kanser, kencing manis, strok dan lain2. 


Okay, meh KekZa explain lagi sekali. Sebenarnya boleh je nak ambil suplemen masa tengah sakit ni, tak ada masalah pon. In fact ambil suplemen bila sakit tu bagus. Cuma ubat yang doktor sarankan tu jangan pulak tak makan. Makanlah macam biasa. Just jarakkan pengambilan dengan suplemen.


Tetapi kalian kena tahu yang suplemen ni adalah lebih afdal atau lebih baik diambil ketika tubuh kita tengah sihat. 


Kenapa? Okay, meh KekZa explain. 


Semasa sihat, sel2 dalam badan kita lebih sensitif untuk serap segala nutrien yang dibekalkan oleh suplemen yang kita ambil. Tapi bila dalam keadaan sakit atau tak sihat, sel2 dalam badan kita ni kena buat banyak kerja dalam satu masa. Nak berperang dengan bakteria/virus yang menyerang tubuh kita lagi, nak serap nutrien lagi, nak recover & regenerate sel2 baru lagi.. Tak lama sel pon jadi stress sebab terlalu banyak kerja nak kena buat. 


Jadi kenalah ambil masa sikit. Jangan bagi sel2 badan kita stress. Tenang aja. Continue je makan ubat & ambil suplemen. In Shaa Allah dengan pengambilan makanan yang sihat & berzat serta air yang mencukupi, ia dapat bantu tubuh kita untuk kembali sihat. 


Suplemen ni sebenarnya hanyalah sebagai alternatif bila mana kita dah terjatuh sakit. Nak ambil boleh, tak nak pon boleh. Tapi sebaiknya ambillah dan amalkanlah selagi tubuh kita tengah sihat & kuat ni. 


Okay? Dapat sesuatu? Diharapkan perkongsian KekZa kali dapat memberi manfaat untuk semua.


Terima kasih sudi singgah baca. Assalamualaikum. Xoxo!


You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. Memang ramai yang anggap suplemrn ni ubat, sebab tu diorang tinggalkan ubat tanpa arahan doktor

    ReplyDelete