30 DAYS 2 LITER PER DAY CHALLENGE!

by - 7:00:00 am

30 DAYS 2 LITER PER DAY CHALLENGE! | Sejak kecik KekZa ni memang sejenis payah nak minum air. Apetah lagi air putih. Boleh kira berapa kali je minum air putih sehari. Bila dah besar ni ada lah jugak minum tapi tak cukup pon sebenarnya. Nak habiskan 500ml pon bercinta ke bulan bintang. Hahaha!


Beriya la aku advice customer suruh minum air putih banyak. Consultant sendiri pon naharom nak minum banyak. Sebab tu lah makan suplemen pon tak berapa nak nampak kesan. Dengan kopinya pon aku bedal, teh pon belasah. Tak disiplin langsung. Huwa3!


Start bulan September ni baru datang kesedaran nak perbanyakkan minum air putih. Tu pon bila duk belek2 muka hallamak dah mula keluar jeragat which is very well known as salah satu tanda penuaan yang ketara. Ada 2 tompok dah pigmentasikuuuu.. Huwaaa! Menangis dalam qolbu. Dah la eyebag makin menimbun, kedut2 halus pon dah makin banyak berbarisss bawah mata. Sambung lagi nangis tersedu2. T_T


Suplemen ambil je hari2 tapi macam takde efek. Mana nak datang efek kalau dah air pon culas nak minum. Air manis2, kopikaw kapal api, kapal selam, kapal karam semua ku bedal tanpa rasa bersalah langsung. Lepas tu menghiba di tirai jendela tengok penuaan sendiri. Baru insof datang bertandang. Bertambah lagi bila memikirkan lagi beberapa bulan tetiba dah nak masuk usia baru dah. Tambah lagi satu angka??! Maka tambahlah keduttt, jeragatttt, kulit kusammmm, kendurrrr!!! Tidakkkk!!


So bermula kesedaran tu lah KekZa mula paksa diri cut minuman manis terutama yang berkafein & topup pengambilan air putih 2 liter sehari. Wajib! Cepat ke lambat ke ku habiskan jua 2 liter tu. Tak kiralah lagu mana pon, tunggang terbalik macamanapon kena habiskan jugak! No alasan! Haa, sebegitu cara mendidik diri sendiri supaya berdisiplin. Biarpon terkencing2 lima namblas kali sehari, ku bertabah teruskan jua. Demi nak menua secara lebih sihat, slow & steady. Gitchuuuuwww..


Tapi kenapa 2 liter je? Haa, ni ramai yang selalu confius. Sebab selalu orang suruh minum at least 3 liter sehari kan? Kalau ikut umumnya, minumlah 3 liter sehari. Ko mampu togok, togoklah. KekZa tak mampu lagi setakat ni. So ku follow pengambilan ikut berat badan dulu. Tak ingatlah kat mana dapat pengiraan tu. Tapi untuk berat macam KekZa ni at least kena minum 1.5 liter je sehari. Tu pon ku topup kasi cukup 2 liter kira okla kan. Hehehe..


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-8 konsisten pengambilan air putih 2 liter sehari. So far masih mampu bertabah & istiqamah lagilah walaupon hari kedua tu tak sempat malam menjelma aku dah start bancuh air oren. Hahaha! Tapi mujur lah sempat tersedar dari godaan napsu. Tak jadi minum, simpan dalam peti. Standby untuk Suamiku Mr. Programmer bila dia balik nanti. Fuh! Selamat cabaran 30 hari ku. Mengkalau tidak, habislah hancur plan.


Personally, ni adalah cara KekZa untuk menyahkan segala toksin dari badan KekZa. Minum air banyak, akan kerap kencing. Kerap kencing tu walaupon leceh kejap2 nak kena berlari ke tandas tapi ia bagus. Salah satu satu cara badan kita menyahtoksin adalah melalui urin. Bila badan dah kurang toksin, barulah mudah nak serap suplemen & lagi cepat boleh dapat kesan cecantiks letops2 uolls..


First step to healthy aging. In Shaa Allah. ^_^


Thank you sudi baca. Jumpa lagi dalam next entri. Xoxo!



You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. Oohh 2 liter aja ya sehari, ok2, nanti akak standby 2 botol besar mineral senang nak sukat kan hihi, thanks for sharing Za

    KakSu-Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online

    ReplyDelete