4 NUTRIEN PENTING UNTUK KULIT CANTIK BERSERI DARI DALAM

by - 7:00:00 am

4 NUTRIEN PENTING UNTUK KULIT CANTIK BERSERI DARI DALAM | Pernah tak tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Seringkali juga kita tertanya-tanya tentang apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan. Betul tak? So hari ni KekZa nak berkongsi dengan semua apa sebenarnya rahsia di sebalik kulit yang sihat berseri ni.


Dapatkan Kulit Yang Berseri Dari Dalam Dengan Nutrien!

Protein Untuk Membina Kulit Yang Sihat

Badan dihasilkan dengan protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang berseri dan sihat, pengambilan protein yang mencukupi adalah sangat penting. Protein penting kerana ia :

  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pembentukan sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta dalam pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-selkulit dari kerosakan akibat sinaran cahaya matahari.


Perlindungan Antioksida Dengan Vitamin C

Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan manusia tidak berupaya menghasilkan Vitamin C sendiri. Pengambilan Vitamin C adalah penting dalam membantu untuk :

  • Mengurangkan kedutan; melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi tubuh dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit dari radikal bebas.


Tingkatkan Keanjalan Dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit. Ia mengekalkan keanjalan kulit dan menghalangnya dari berkedut, berparut, dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan manusia boleh menghasilkan kolagen semulajadi sendiri. Walaubagaimanapun, apabila usia semakin meningkat jumlah kolagen yang dihasilkan oleh tubuh semakin berkurangan. Hal ini akan mendedahkan kita kepada risiko penuaan yang ketara seperti kulit mengendur dan berkedut. 


Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk :

  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut serta jeragat.


Kekalkan Kelembapan Kulit Dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga :

  • Mengurangkan gatal dan kulit bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Menentang keradangan.


Lindungi Kulit Dari Sinaran UV

Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat dari kerosakan akibat sinaran matahari. Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari Omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama Vitamin C.


The Radiant 4 - Temui Kecantikan Dari Dalam!

Memahami keperluan untuk kulit yang lebih sihat berseri, Shaklee bawakan kepada anda satu lagi kombinasi nutrisi yang menjadi keutamaan dalam pengambilan suplemen untuk kecantikan. Kombinasi 4 jenis produk hot Shaklee ni dinamakan sebagai The Radiant 4


Set Radiant 4 terdiri daripada :
  1. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder  
  2. Sustained Release Vita-C Plus™
  3. Collagen Powder
  4. GLA Complex

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein. Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (NON-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). Membekalkan 9 asid amino perlu yang berperanan dalam setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan termasuk dalam pembinaan sel-sel tubuh.


Sustained Release Vita-C Plus™ 

Vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utamanya sebagai antioksida yang baik dalam menentang radikal bebas. Diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Diperkaya dengan bioflavonoid yang bertindak secara sinergi dengan Vitamin C untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


Collagen Powder

Kolagen bertindak seperti 'gam' yang mengikat tubuh, dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon, dan paling banyak didapati di dalam kulit. Ia memberikan manfaat yang baik kepada kulit, seperti menjadikan kulit lebih tegang, elastik, dan gebu,  mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, serta merangsang kulit yang lebih cerah dan licin. Diekstrak daripada sisik ikan merah serta turut mengandungi 7 ramuan utama termasuk biji Camellia Japonica, ekstrak pfaffia, ekstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6. 


GLA Complex

GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Diperolehi daripada minyak borage yang mengandungi asid gamma-linolenik (GLA) yang berkepekatan tinggi, tulen dan semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap. Diformulasi khas dengan gabungan GLA, minyak biji bunga matahari, dan Vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.



Okay sekarang semua dah tau apa dia 4 nutrien penting untuk dapatkan kulit yang lebih sihat berseri kan? So apa tunggu lagi? Mulakanlah pengambilan suplemen yang betul dari sekarang! Nak kulit cantik senang je sebenarnya, mulakan dari dalam. Bila dalaman dah sihat, tak perlu dah nak tempek banyak2 'aksesori' kat kulit. Pakai makeup pun tak perlu dah banyak-banyak lapis. 


Okay ni part paling best. For those yang buat pembelian Set Radiant 4 sepanjang bulan September ni, kalian layak untuk mendapat cashback voucher bernilai RM60 (RM20x3)! Banyak tuuuu! Shopping Shaklee dapat cashback balik. Aiyo! Sejenis penshopingan apakah ini?? Cashback yang berbentuk e-voucher ni boleh ditebus untuk next purchase tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk keterangan yang lebih detail, boleh direct whatsapp KekZa k. 


Jom start jaga kulit! ^_^



Your Awesome SID,
KekZa Manis | 019-5327438



You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit