ASAL USUL NICKNAME MOMMY DIAMONDS

by - 8:00:00 am

ASAL USUL NICKNAME MOMMY DIAMONDS | Assalamualaikum. Hai uolls! Raya-raya pon tetap jugak nak update blog. Kihkih! Well, ni actually scheduled post. Gigih sangat nak menaip raya2 ni weyh. Memang tak la hangpa uiii.. Ahahah! Taip awal2 lagi dah ni. Sementara berkelapangan and mood menulis tengah on, so taip 2,3 entri terus then schedule kan siap2. Nanti tinggal share kat page ja. Haa, bukan senang tau mood nak menulis nak datang. 


Sebenarnya tak tau nak buh tajuk apa untuk entri kali ni. Dah taip2 masuk perenggan kedua baru jumpa tajuk yang sesuai. Yezza! Hari ni rasa nak ceritalah serba ringkas tentang macamana KekZa boleh dapat nickname Mommy Diamonds dulu.. (sekarang dah tukar nickname dah..Kenapa? Haa, bacalah sampai habis.. Jawapannya ada di hujung2 entri..^^,).

Adakah Instagram @mommy_diamonds bakal bertukar nama?
Ceritanya begini, sebelum ni KekZa ada satu team bisnes yang besar dan aktif. Masa tu KekZa perform agak bagus dalam bisnes. Dari sorang2, KekZa berjaya kembangkan bisnes sampai dah ada dalam 40 orang dah anak bisnes sendiri. So KekZa tubuhkanlah satu team ni yang KekZa namakan sebagai "Dynamic Diamonds". Kiranya group khas untuk anak2 bisnes la. Sebagai leader, KekZa lebih senang gelarkan diri sebagai mommy. Sebab nak semua rasa close dengan KekZa. Tak nak rasa asing atau janggal. Diorang semua pon senang dengan panggilan tuu sebab rasa rapat macam keluarga sendiri dah.


So daripada situlah datangnya nickname Mommy Diamonds tu. Namun atas beberapa faktor, team tersebut terpaksa dibubarkan. Tapi KekZa still guna nickname Mommy Diamonds dengan impian dan harapan yang KekZa masih boleh 'bawa balik' team KekZa di bawah naungan "Dynamic Diamonds".  Namun sampai sekarang masih tak nampak tanda2 team ni bakal bersatu kembali. 


Bila lama2 dengan gelaran Diamond ni, KekZa rasa macam ada sesuatu yang mungkin kurang serasi antara diri KekZa dengan gelaran tu.


KekZa mula rasa nak cari maksud di sebalik Diamond atau berlian ni. Suprisingly! I found something yang sangat mengejutkan. Huhu~

Image Extracted From Google

Sifat-Sifat Berlian:-
  • Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat terutamanya keKERASannya dan ia merupakan batu yang PALING KERAS DI BUMI
  • Perkataan "Diamond" diambil dari bahasa Greek iaitu "adamas" yang membawa maksud --> "MUSTAHIL UNTUK DIJINAKKAN".
  • Kebanyakan berlian dilombong dari paip GUNUNG BERAPI.
  • Keupayaan berlian MEYELERAKKAN cahaya.


Panjang cerita asal usul kejadian berlian ni kalau ku nak cerita kat sini. Cukuplah 4 ni je dulu. 4 ni je pon serung dah aku mendengarnya. Huhu.. Selebihnya uolls boleh google sendiri naa. 


So berbalik kepada sifat berlian yang empat ni, korang rasa serasi ke tidak dengan diriku sifat2 ini?


Ku dapat rasakan gelaran dan sifat pada gelaran tu tidak begitu serasi dengan diri. Kenapa? Okay, jom sisturr perjelaskan satu2 naa..



1. KERAS
Paling keras di muka bumi pulak tu. Kalau sifat berusaha keras, bekerja keras tu okaylah kan, positiflah. Which means kalau sisturrr bekerja keras, sisturr tak duduk kat takuk sama ja weyh selama 3 tahun. Ini mereput di sini2 saja tiada ke mana2. Ko rasa?? Maksudnya bila sifat itu melekat pada diriku, dia jadi keras lain. KERAS HATI, KERAS KEPALA, dan satu lagi kata orang Terengganu, KERAH KENG. Huwa3! Semuanya negatif.. Dan KekZa akui semua sifat tu memang ada pada diri KekZa. Ini benar okay, ko tak percaya pi tanya syuben sisturrr.. Dia tersangatlah mengenali sifat keras  ku ituuu.. Huhu~T_T


2. MUSTAHIL UNTUK DIJINAKKAN
Ni pon ku akui jua memang ada pada diriku. Contoh, kalau KekZa tengah marah atau baru lepas bergaduh dengan siapa2 pon lah kan, ko janganlah tiba2 datang acah2 nak jadi air zam2 cuba menyejukkan hatiku yang sedang hangat membara. Silap haribulan dirimu menjadi habuan penampar bungsuku. Allah! Tak pepasal ja kang. Huhu~ Sifat panas baran tu tak boleh blah. Bajet handal sangat.. Makin menjadi2 bila guna gelaran Diamond ni. Adakah kerana asal sumbernya dari gunung berapi itu?? Wallahu'alam.


3. MENYELERAKKAN
Salah satu sebab yang KekZa rasa menjadi faktor bisnes KekZa lambat berkembang lately adalah sebab TAK FOKUS. Ko nampak tak kesinoniman sifat MEYELERAK dengan TAK FOKUS? Serius memang KekZa mudah hilang fokus dalam bisnes. Hilang fokus macamana tau? Sekejap aku rasa nak bisnes kain baju, bulan depan tetiba sibuk nak jual barang makeup pulak, dalam masa sama masih nak jual vitamin jugak. Tak tau nak serius yang mana. Sudahnya ke timur, ke barat, ke utara, selatan, tenggara, ke barat daya perginya bisnes aku. Hahahah! Bukan tak pernah ditegur. Tapi aku kan KERAS KEPALA, maunya nak dengar cakap orang. Ni nama dia buduh sumbung.. Huuu~


Dasyat kan sifat2 diamond ni. Ku sendiri pon tak tahu pada asalnya. Main asal boleh je nak pilih nama team. Acah2 glams, ajet2 diva. Ko ingat ko primadona..? Haduhhh, bertubi2 tamparan di muka sendiri.. Wakaka!


Tapi kan, sebelum apa2 eloklah ku declairkan bahawasanya segala sifat2 berlian yang ku kaitkan dengan diri sendiri tu hanyalah pandangan peribadi. Mungkin jugak hanya suatu kebetulan. Apa2 pon mungkin. Tak nak lah nanti keluar isu tahyul la, keluar fatwa macam2 pulak naa.


So hari ini bersempena Hari Raya Korban tahun ni, sisturrr dengan rasminya mengrobankanlah gelaran lama itu dengan panggiln KekZa Manis. Ewah! Nak jugak ala ala ret.. Ala, kasilah can. Hangpa ni pon... Tihihi! So lepas ni panggil KekZa ja naa.. Kbai!


Thank you sudi baca! Xoxo! 



You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. Gitchew keysahnya....hehe..mmg x dinafikan sifat diamond mmg tak ternilai...bak kata org dulu2..dengan sebiji diamond di tangan kita dh sah org ada2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA. Ada2 tu satu, mengada2 pulak nih jadi pada diriku.. Ahahah! Maka ada baiknya dikorbankan sebelum bertambah parah..😂

      Delete