ASID LEMAK OMEGA-3 : LEMAK SIHAT BAIK UNTUK TUBUH

by - 7:00:00 am

ASID LEMAK OMEGA-3 : LEMAK SIHAT BAIK UNTUK TUBUH | Assalamualaikum. Musim2 raya ni memang tak sah la kan kalau tak ada menu meriah2 macam rendang daging, daging masak merah, masak lemak, masak sambal pedas, sup gear box.. Lawan pulak dengan nasi minyak, nasi beriyani, lemang, nasi impit, kuah lontong, eh macam2 lagilah menu2 sedap lagi melazatkan. Seminggu raya tu tak abih lagi merendang.. Haha!


Kalau kalian perasanlah kan kebanyakan juadah yang lazat2 tu berlemak dan berminyak. Hehee.. Sungguh, yang berlemak & berminyak tu lah yang makan sampai lupa diri. Awas! Makan2 jugak naa, tapi control sama k. Vitamin penyahkolestrol tu standby sokmo2 di sisi. Biar dia tendang semua lemak2 jahat yang bertempek dalam saluran darah kita.


Bercakap tentang lemak ni, suka KekZa nak share dengan kalian semua bahawasanya tak semua lemak tu jahat tau. Lemak jahat yang KekZa maksudkan kat sini ialah lemak yang mengundang penyakit. Ada je 'lemak sihat' yang baik untuk kesihatan tubuh kita iaitu asid lemak Omega-3!
Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau 'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Ia merupakan asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Namun Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. 


Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan :


1. Kesihatan Jantung
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu  mengurangkan risiko penyakit jantung :

  • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolestrol) dan tekanan darah.
  • Meningkatkan pengaliran darah.
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat.


2. Fungsi Otak

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian dianggarkan mengandungi 20%.

EPA dan DHA telah dikaji untuk :

  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
  • Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran, dan perhatian.
  • Memberikan kesan penuaan yang sihat, di mana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk.



3. Kesihatan Sendi
EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam :

  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak, dan kesakitan.
  • Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis.
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi2 yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.


4. Kehamilan

Asid lemak Omega-3 adalah nutrisi yang sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.


Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong :

  • Perkembangan otak dan fungsi imun.
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
  • Perkembangan otak, mata, dan sistem saraf janin semasa di dalam kandungan.
  • DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak2.
  • Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.


So, 4 yang KekZa kongsikan kat atas ni adalah antara kebaikan asid lemak Omega-3 terhadap kesihatan dan fungsi tubuh kita iaitu untuk kesihatan JANTUNG, OTAK, SENDI, dan juga baik untuk ibu HAMIL sehingga peringkat PENYUSUAN susu ibu termasuk untuk tumbesaran dan kesihatan bayi sejak dari dalam kandungan lagi. So, para ibu hamil, KekZa sarankan ambillah suplemen Omega-3 ni okay. Banyak sangat kebaikannya untuk anda dan juga bayi anda.


Ada banyak produk suplemen pelbagai jenama yang kalian boleh dapatkan di pasaran di luar sana. Boleh pilih mana-mana yang kalian nak. As for KekZa, KekZa memang akan pilih sumber Omega-3 dari OmegaGuard Shaklee. Bukan semata2 sebab KekZa jual, tapi sebab KekZa dah consume sendiri. Tak hanyir & mudah telan. KekZa kalau bab hanyir2 hamis2 ni memang kalah. Huhu~


Bukan sebab tu je KekZa pilih OmegaGuard ni. Tapi sebab keistimewaannya yang buat ianya lain daripada yang lain.


Apa yang lainnya? Nak ke tau ni? Kalau nak, ajoms sambung baca kat bawah.. ^^, 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Minyak Ikan Berkepekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap 7 jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalam air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).


Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatannya, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul 3 Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC, dan lain2 bahan cemar. Sekaligus menghilangkan bau dan rasa kesan hanyir.


Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea®  untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabiluntuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.


Haa, istimewa kan OmegaGuard™ ni? Paling yang buat KekZa yakin dengan Omega-3 Shaklee ni, adalah proses penyulingan molekul berganda tu. KekZa yakin minyak ikan OmegaGuard™ adalah terpaling tulen dan terpaling bagus untuk manfaat kesihatan KekZa sekeluarga.


Okaylah, dah panjang sangat dah ni. Later KekZa nak share pulak dengan kalian semua tips untuk pilih minyak ikan terbaik dan mengapa kalian kena pilih OmegaGuard™ ni. Harap dapat memberi manfaat buat semua.


Thank you sudi singgah baca. Jumpa dalam next entri In Shaa Allah.


Assalamualaikum.. Xoxo!



You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. Memang bagus sangat Omega Guard ni. Macam-macam manfaat dapat 😍 Thanks for sharing

    http://diyanajamal.blogspot.com

    ReplyDelete