FAHAMI KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN

by - 7:00:00 am

FAHAMI KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN | Sebagai sebuah negara yang beriklim panas sepanjang tahun, kita berdepan dengan masalah pendedahan kulit secara berlebihan terhadap cahaya matahari. Ini menyebabkan timbul masalah penuaan kulit pramatang atau photoaging. Kawasan yang terdedah biasanya muka, tangan, leher, tengkuk, dan bahagian atas dada. 


Pendedahan kulit pada cahaya matahari pada waktu pagi adalah penting untuk menjadan Vitamin D dan merangsang pembentukan hormon serotonin dalam tubuh manusia. Berjemur di bawah sinaran mentari selama 10-15 minit pada waktu pagi dapat membantu tubuh menjana Vitamin D secukupnya untuk kesihatan yang baik. Namun tidak digalakkan untuk berjemur terlalu lama untuk mengelakkan kesan radikal bebas.


Cahaya Matahari Dan Kesan Penuaan Kulit


Cahaya matahari mempunyai 2 radiasi iaitu UVA dan UVB. Radiasi yang merosakkan kulit adalah dari jenis UVA. Ia menyerap ke lapisan kulit paling dalam sekaligus merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit. Sel-sel kulit turut terdedah kepada serangan radikal bebas. Keadaan ini boleh menyebabkan kemunculan kesan penuaan seperti jeragat dan masalah kulit berkedut.


Cahaya matahari paling terik dan panas pada pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Waktu ini adalah waktu yang paling tidaksihat untuk kita terdedah terlalu lama di bawah pancaran sinaran cahaya matahari. Malah ia boleh menyebabkan masalah selar matahari atau 'sunburn'. Antara punca penuaan awal kulit adalah apabila ia terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari pada setiap hari. 


Satu laporan bertajuk "Overview Of Skin Aging & Photoaging" yang diterbitkan dalam jurnal Dermatology Nursing (2008), menyatakan bahawa kesan penuaan akibat pancaran cahaya matahari ini adalah disebabkan oleh radiasi cahaya ultra-ungu (UV) dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang individu. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit samada secara langsung mahupun tidak langsung.


Namun jika tuntutan kerja memerlukan anda berada di tengah panas untuk jangkamasa waktu yang panjang setiap hari, penggunaan krim pelindung matahari (sunblock) yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 adalah sangat penting. Penggunaan alat pelindung matahari dalam bentuk fizikal seperti payung, topi, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu.


Vitamin C - Antioksidan Yang Terbukti Membantu Mencegah Masalah Penuaan Kulit Pra Matang!

Vitamin C telah terbukti membantu mencegah masalah penuaan kulit pra matang kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Sebagai agen antioksidan, Vitamin C melindungi sel-sel kulit dan tubuh daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas yang datang daripada UV sinaran cahaya matahari. Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalamtubuh seperti Vitamin E, Glutation, dan L-Carnitine


Antara fungsi utama Vitamin C adalah merangsang penghasilan kolagen di dalam tubuh manusia. Kolagen adalah penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit seseorang individu. Kekurangan kolagen di dalam badan boleh menyebabkan keanjalan kulit berkurang sekaligus menyebabkan kulit menjadi kusam, berkedut, berjeragat, kendur, dan kelihatan tua. Oleh itu, pengambilan Vitamin C melalui sumber pemakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting untuk diamalkan setiap hari.
   

Kepentingan Antioksidan

Satu kajian yang dilaporkan oleh Jabatan Dermatology, Cambridge University Hospital pada tahun 2013 menyatakan pengambilan sumber yang mengandungi antioksidan boleh mencegah kesan penuaan kulit serta membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang individu. Sumber antioksidan ini perlu dimakan dan disapu pada kulit.


Kajian juga menunjukkan sistem pertahanan antioksidan semulajadi kulit manusia juga dipengaruhi oleh suplemen dan nutrisi yang dimakan. Kombinasi pelbagai sumber antioksidan yang diambil akan bertindak secara sinergi bersama-sama untuk meningkatkan kesihatan kulit.


Vitamin E juga amat penting untuk kesihatan kulit. Ia mempunyai kesan sinergistik dengan Vitamin C untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari yang terik. Selain itu, Beta-Karotena juga merupakan sejenis antioksidan yang amat baik dalam membantu mempertingkatkan kesihatan kulit kerana ia akan menjadi Vitamin A di bawah kulit.


Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan turut membantu dalam mengurangkan masalah kedutan dan garis-garis halus  pada kulit. Antioksidan membantu melindungi kulit daripada rosak akibat terdedah kepada radikal bebas yang berpunca daripada sinaran ultra ungu (UV) dari cahaya matahari.


Selain cahaya matahari, pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok juga boleh meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan dan garis-garis halus pada kulit serta pembentukan jeragat (pigmentasi). Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil buah-buahan yang kaya dengan antioksidan untuk kesihatan kulit. - *SUMBER*


Bahayanya jika kita terdedah terlalu lama di bawah terik matahari ni, boleh menjadi penyebab kanser kulit tau. Kat Malaysia ni memang cuaca sentiasa panas, so gunalah krim pelindung matahari setiap kali nak keluar rumah. Even dalam rumah pon kita sebenarnya masih terdedah dengan bahaya sinaran UV secara indirect. Boleh guna krim pelindung matahari yang lebih rendah nilai SPF nya bila dalam rumah. Bila keluar baru guna krim yang SPF lebih tinggi k!


KekZa suka sarankan supaya kita semua menggunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan vitamin dan antioksidan. Sebab ia lebih membantu dan lebih baik dalam perlindungan terhadap radikal bebas sekaligus memberikan kesan kulit yang lebih sihat. Gabungan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan Beta-Karotena akan memberikan perlindungan  antioksidan yang optimum kepada kulit sekaligus membantu mengurangkan masalah kedutan, kulit kendur, dan jeragat akibat kesan cahaya matahari.


Lain-lain, boleh amalkan pengambilan suplemen Vitamin C, E, dan A (beta-karotena) untuk bantu badan menentang radikal bebas dari dalam. Jangan lupa untuk amalkan gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat  juga! ^^,


Nak cari suplemen semulajadi yang terbukti selamat dan berkesan, boleh direct contact KekZa Manis k..


Thank you sudi baca! Jumpa lagi dalam next entri.. Xoxo!



Your Awesome SID,
KekZa Manis | 019-5327438

You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit