LELAKI DAN KESIHATAN

by - 7:00:00 am

LELAKI DAN KESIHATAN | Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat. Kebelakangan ni sering sangat KekZa dengar berita tentang kematian saudara dan kenalan terdekat. Surprisingly, majoriti yang meninggal tu adalah terdiri daripada  kaum lelaki! KekZa tak dapat nak bayangkan keperitan yang ditanggung oleh kaum keluarga si mati terutamanya kaum isteri dan anak-anak. Tambah perit bila si isteri yang ditinggalkan tu tidak bekerja. Anak-anak pula masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Allah, beratnya rasa nak mengambil alih tanggungjawab sebagai bapa dan ibu sekaligus kepada anak-anak. T_T


Oleh sebab itu KekZa terpanggil untuk berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan kesihatan lelaki hasil pembacaan dan kelas2 nutrisi yang KekZa ikut. Actually KekZa dah kongsikan tentang ni di page ShakleeByKekZa di SINI. Boleh juga follow page untuk lebih banyak update terkini since KekZa tak selalu berkesempatan nak menulis di blog ni.


CABARAN KESIHATAN LELAKI


1# LELAKI Suka Makanan MANIS. 

1 daripada 6 LELAKI Malaysia mempunyai #diabetes!

Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian kita datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih dari 6 sudu teh gula (100 kalori) dan 9 sudu teh (150 kalori) bagi lelaki. - *sumber*


Rasa manis gula ni mencetuskan sejenis hormon di dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Sebab tu lah ramai orang mendapati sangat sukar untuk meninggalkan makanan/minuman manis di dalam diet harian. Same goes to me.. Gugugu~ Tapi macamana sekalipun, kita kena jugak usahakan untuk mengambil gula dalam kuantiti yang disyorkan.


  • Kurangkan gula dalam minuman anda.
  • Kurangkan minuman berkarbonat dan susu pekat.
  • Kurangkan pencuci mulut.
  • Elakkan jus buah dalam kotak. Pilihlah buah-buahan segar.
*Source : Malaysia National Health & Morbidity Survey 2011


2# LELAKI Kurang Membakar LEMAK!

2 daripada 3 LELAKI Malaysia mempunyai berat badan berlebihan!

Masalah berat badan berlebihan kebanyakannya disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan berbanding tenaga yang digunakan oleh seseorang individu. Ketidakseimbangan antara tenaga yang diperoleh daripada makanan yang diambil dan penggunaannya dalam aktiviti seharian, akan mengakibatkan berlakunya pengumpulan lemak secara berlebihan di dalam tubuh


Menurut Ketua Jabatan Pemakanan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr. Mohd. Ismail Noor, masalah lebihan berat badan (overweight) dan kegemukan (obesiti) serta tahap kolestrol yang tinggi (hypercholestrolemia), mempunyai kaitan dengan amalan dan tabiat makan seseorang selain daripada amalan gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok dan tidak bersenam. - *sumber*


  • Kekal aktif untuk membina asas yang sihat untuk sepanjang hayat anda.


*Source : Malaysia National Health & Morbidity Survey 2011



3# Penyakit KARDIOVASKULAR Adalah PEMBUNUH NO. 1 LELAKI Di Malaysia


Lebih kurang 60% LELAKI Di Malaysia meninggal disebabkan SERANGAN JANTUNG setiap hari. 1 daripada 3 LELAKI mempunyai TEKANAN DARAH TINGGI. 1 daripada 5 LELAKI mempunyai KOLESTROL TINGGI. 


Kajian menunjukkan bahawa kematian akibat penyakit jantung mencatatkan peratusan tertinggi bagi LELAKI iaitu sebanyak 15.2%. Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati 83% daripada kematian akibat penyakit jantung membabitkan pesakit berumur 65 tahun ke atas. Apabila usia meningkat, jantung mula tidak berfungsi dengan sempurna. Pembuluh darah menjadi semakin keras dan kurang kenyal menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke otot jantung. 



Secara umumnya, risiko seseorang itu meningkat apabila usianya mencecah 45 tahun bagi lelaki dan 55 tahun bagi wanita. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, penyakit jantung/kardiovaskular ini sudah mula tidak mengenal usia. Semakin ramai pesakit mendapat serangan jantung dalamlingkungan umur 30an'. 


Faktor risiko seperti kolestrol tinggi dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pemakanan yang tinggi kandungan lemak, dan kurang bersenam adalah antara punca utama kemunculan penyakit jantung pada usia lebih muda. - *sumber*


#HealthTipsByKekZaManis:

  • Bertukarlah kepada gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat. Pengambilan suplemen yang betul dapat membantu.

*Source : Global Burden Of Disease 2015; Malaysia National Health & Morbidity Survey 2015.



4# Ancaman KANSER KOLOREKTAL


7 LELAKI didiagnos dengan KANSER KOLOREKTAL setiap hari!

Kanser usus/kolon atau kadagkala juga disebut sebagai kanser kolorektal, adalah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau 6 kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan yang dimakan bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. 


Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau 6 inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugar mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis. - *sumber*

  
Antara Faktor Risiko Kanser Kolorektal:

  • Berat badan berlebihan.
  • Pemakanan yang tinggi dengan daging merah dan makanan yang diproses.
  • Pemakanan yang rendah serat, sayur, dan buah.

HealthTipsByKekZaManis:


  • Tingkatkan pengambilan serat.
  • Lakukan pemeriksaan saringan kanser kolorektal (periksa kehadiran darah pada najis/kolonoskopi.
  • Kekal aktif.



*Source : WHO Globocon 2012




5# Risiko KANSER PARU-PARU


2 daripada 5 LELAKI Malaysia MEROKOK!


Kanser paru-paru menjadi punca kepada 20% kematian pesakit kanser di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17% LELAKI di Malaysia yang merokok berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kanser Kebangsaan Malaysia, penyakit kanser paru-paru yang dihidapioleh kaum LELAKI pada masa ini adalah satu kebiasaan.


Perokok sama ada di kalangan lelaki mahupun wanita mempunyai potensi yang tinggi untuk menghidap kanser paru-paru dengan purata umur 17-65 tahun. Semakin lama mereka menghisap rokok, semakin tinggi potensi untuk menghidap penyakit tersebut. - *sumber*


Apa Yang Anda Peroleh Dari Berhenti Merokok?

  • Kurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
  • Senyuman yang manis.
  • Hidup yang lebih lama (In Shaa Allah dengan izinNya)
  • Rasa & tampak lebih sihat dan muda.
  • Prestasi kelelakian yang lebih baik.
  • Lebih banyak wang untuk anda dan keluarga.

#HealthTipsByKekZaManis:
  • SAY NO TO SMOKING!


6# KANSER PROSTAT

Prostat LELAKI membesar seiring usia
Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua LELAKI selepas penyakit jantung. Ia adalah sejenis ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Kanser ini membiak dengan perlahan sehingga pengidap tidak menyedari kewujudannya. Jika tidak 'dibunuh' dengan segera, ia boleh membesar dan merebak ke tulang belakang pesakit yang akhirnya mengundang kepada risiko yang lebih besar.


Kanser prostat lazimnya menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun dan ke atas. Antara beberapa faktor yang menjadi punca kepada kanser prostat adalah usia, sejarah keluarga, pemakanan, dan juga hormon. Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser prostat ialah berkaitan dengan keadaan kencing seseorang seperti kencing terlalu kerap, tidak lawas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing, atau berasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh. -*sumber*


Pembesaran Prostat :
  • Pada usia 20an - Prostat yang sihat adalah sebesar saiz walnut.
  • Pada usia 40an - Ramai lelaki mula mengalami pembesaran prostat. Gejala seperti kerap membuang air kecil dan ereksi yang lemah.
  • Pada usai 50an - Lebioh 50% lelaki pada usia ini akan mula terjejas. Membuang air kecil menjadi semakin sakit. Fungsi seksual semakin merosot!
  • Pada usia 70an - Lebih 90% lelaki berusia lebih 70 tahun akan merosot. Prostat boleh membengkak sehingga sebesar saiz baseball. Kualiti hidup pula sangat terjejas.



  • Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi seperti Vitamin A, C, dan E dapat mengurangkan risiko kanser.


*Source : Chinese Canser Prevention Study 1993







Setakat ini dulu perkongsian KekZa hari ni. In Shaa Allah ada kelapangan anti KekZa cuba kongsikan lagi isu2 berkaitan kesihatan yang lain okay.


Untuk kaum lelaki, jangan pandang remeh soal kesihatan anda. Sama2 kita perbaiki taraf kesihatan tubuh badan kita. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke, semua perlu jaga kesihatan. Ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat, jaga pemakanan, rehat & tidur secukupnya.


Thank you sudi baca. Assalamualaikum. Xoxo!


  

Your Shaklee Health & Beauty Consultant, 
KekZa | 019-5327438

You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit