RAYA DAN MAKAN SEDAP BERPISAH TIADA

by - 9:59:00 am

RAYA DAN MAKAN SEDAP BERPISAH TIADA | Assalamualaikum. Ada yang masih sakan beraya ke tu? Amboi, seronok dapat beraya di kampung bersama keluarga tercinta kan? Tambah bermakna untuk yang mengerjakan ibadah korban tahun ni. Alhamdulillah.


Time raya korban macam ni memang tak sah lah kan kalau takde menu lauk daging korban masak rendang, masak lemak, masak merah, masak kari, masak sup, macam2 jenis masak lagilah. Dah ada lauk meriah2, mestilah nak ada lawan dia. Nasi minyak, nasi beriani, pulut kuning, pulut tawar, ketupat, lemang, dan macam2 lagi jenis juadah sedap2 belaka. 


Cakap pasal menu raya korban ni kan, KekZa tahun ni tak ada balik mana2. Beraya dengan adik beradik belah suami di Semenyih je. Lepas tu kami follow keluarga SIL KekZa beraya ke kampung suaminya di Pasoh, Negeri Sembilan. Tau dah, kalau pergi sana menu dia memang akan buat ko makan bertambah2 walaupon perut tengah kenyang lagi. Kihkih! Dan pertama kali KekZa makan rendang maman ayam kampung. Huii! Sedap weyh kome..! Ayam pencen pulak tu.. Huii huii huiii berganda2 sedapnya.


Tiba2 keluar pulak kari daging & keli masak sambal. Terus bertukar pinggan kakak ko dik.. Dari pinggan dara ayu2 cubit nasi impit cicah rendang maman, bedesup tukar pinggan nasi, belasah pulak daging & ikan keli. Menjejes air hidung. Masakan orang negeri sembilan ko tau2 lah kan, dia punya pedas pergh! Kebas lidah. Masa makan tu tak rasa lagi. Sekali dah hujung2 tu baru pedas dia mariii.. Aiyooo! Merdeka..!😅


Gambar raya sekeping harom tak snap. Sebab sibuk makan. Dengan time tu kepala berdenyutan diserang sakit kepala. Memang wassalam la gadget2 yang ada. Talipon berdering pon tak lalu nak angkat. Kalau duduk kat rumah memang layan membuta dalam gelap je dah aku tu. Orang biasa kena migrain je faham hazab dia lagu mana. Tapi ku bergagah jugak bertahan demi makan sedap. Balik rumah, mandi2 terdampar hambar terusss.. 


Sekian cerita raya KekZa Manis 3 beranak.. 


Kbai! Xoxo!😘



You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit