BAGAIMANA PROTEIN SOYA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN IBU?

by - 7:30:00 pm

BAGAIMANA PROTEIN SOYA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN IBU? | Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain dari menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka seringkali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian.


Ketahui lebih lanjut mengenai bagaiman protein soya dapat membantu golongan ibu.


1. MENINGKATKAN SERI KULIT

Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi, lengkap dengen kesemua asid amino perlu. Protein soya mempunyai isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.


2. MENGUATKAN RAMBUT DAN KUKU

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu memyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.


3. MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan, di mana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih ulu hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.


4. MENYOKONG KEHAMILAN YANG SIHAT

Kesihatan sepanjang kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, sekaligus mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.


5. MENGGALAKKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Susu ibu merupakan nutrisi terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walau bagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.

Kebaikan ESP SHAKLEE untuk golongan ibu



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.


Your Awesome SID
KekZa Manis | 019-5327438


You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit