OMEGA-3 : PERMULAAN TERBAIK UNTUK SEORANG IBU

by - 7:00:00 am

OMEGA-3 : PERMULAAN TERBAIK UNTUK SEORANG IBU | Di setiap peringkat kehamilan, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa yang berharga untuk perkembangan sihat anak anda. Salah satu asid lemak paling penting untuk ibu dan kesejahteraan bayi adalah asid lemak Omega-3 - asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). 


SEBELUM KEHAMILAN

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi bagi lelaki dan wanita sebelum kehamilan memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk mengandung. 


Ia dapat menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon, membantu mengatur kitaran haid, serta meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang hamil bagi wanita.


Manakala untuk lelaki, Omega-3 dapat meningkatkan kepekatan sperma sekaligus memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.



SEMASA KEHAMILAN

Apa yang ibu ambil semasa kehamilan akan menentukan kesihatan bayi di dalam kandungan. Pengambilan Omega-3 di dalam pemakanan harian ibu akan memberikan manfaat terhadap kedua-dua ibu dan bayi.


Omega-3 dapat menurunkan risiko kelahiran pramatang serta menggalakkan tempoh kehamilan optimum bagi seseorang ibu. Ia juga  dapat mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan).


Dalam masa yang sama, bayi di dalam kandungan turut mendapat manfaat. Omega-3 menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah di dalam plasenta. Pengambilan Omega-3 turut menggalakkan perkembangan optimum otak, mata, sistem imun, dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga. 


Selain memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya serta menggalakkan perkembangan saraf otak ketika di peringkat janin, pengambilan Omega-3 juga turut membantu mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi, dan mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.



SELEPAS BERSALIN & PENYUSUAN

Selapas proses kelahiran, pengambilan Omega-3 sangat penting dalam membantu mengurangkan risiko kemurungan postpartum. Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, ibu disarankan untuk mengambil Omega-3 untuk menyokong proses kematangan otak semasa tempoh 5 tahun pertama kehidupan bayi.


Omega-3 menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak bayi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif (ekzema). Omega-3 turut menyokong perkembangan penglihatan bayi serta menggalakkan pola tidur yang lebih baik.



OMEGAGUARD™ - MINYAK IKAN BERKEPEKATAN TINGGI BAIK UNTUK IBU DAN BAYI!

Dihasilkan daripada ikan laut dalam diperairan sejuk, OmegaGuard™ Shaklee melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang membantu dalam menyingkirkan plumbum, arsenik, merkuri, cadmium, dioksin, PCB serta bahan-bahan berbahaya lain yang sering mencemari pelbagai spesies ikan.


Proses penyulingan ini mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans serta mengurangi bau dan rasa hanyir.


Keistimewaan OmegaGuard™ Shaklee :

  • Tiada pewarna, perisa dan bahan pengawet.
  • Bebas gluten.
  • Diiktiraf oleh Friends of the Sea (satu Badan Pemuliharaan Antarabangsa yang mempunyai kriteria yang ketat dalam pemuliharaan jangkamasa panjang, termasuk pantauan penuh dalam setiap peringkat pemprosesan.
  • Didatangkan dalam 90 kapsul kecil yang mudah ditelan, dan dipek semula berasaskan dakwat soya dan bebas daripada bisfenol-A. 


Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan, melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.


Kajian juga mendapati bayi yang lahir dari ibu yang mengambil kadar Omega-3 dan DHA yang mencukupi semasa mengandung mempunyai daya tumpuan yang lebih semasa 2 tahun awal mereka berbanding bayi yang lahir dari ibu yang kurang kadar Omega-3 dan DHA.



Your Awesome & Trusted SID,
KekZaManis | 019-5327438

You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit