VIVIX®️ BANTU MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

VIVIX®️ BANTU MELAMBATKAN PROSES PENUAAN | Penuaan adalah proses semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Ia membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat apabila usia semakin meningkat. Proses penuaan menyebabkan berlakunya perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan kebanyakan individu terutama kaum wanita. Walaubagaimanapun, proses penuaan berbeza antara individu bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup, dan persekitaran. 

Credit Image To Google
Antara proses penuaan yang dapat dilihat dengan ketara adalah rambut semakin menipis dan mula beruban, kulit mula mengendur dan hilang keanjalannya, muncul garis-garis halus di sekitar bawah mata, serta pembentukan tompok-tompok gelap iaitu jeragat. Tenaga juga semakin berkurang, malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal.


Khasiat 4 Tumbuhan Botani Terpilih Dalam Membantu Melambatkan Proses Penuaan.


Anggur Muskat


Anggur Muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolic yang tertumpu pada bahagian bijinya. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat di dalam wain merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan kadar gula dalam darah, selain turut membantu dalam melambatkan proses penuaan.


Eldeberi Eropah



Selain Anggur Muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan yang juga bertindak sebagai agen antipenuaan ialah eldeberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai yang hanya terdapat di Eropah dan Amerika Utara.

Eldeberi telah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional di Eropah bagi mengubati penyakit asma, sembelit, artritis, dan selesema. Tumbuhan ini adalah agen antioksidan yang kuat yang mampu melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet yang tidak seimbang, serta tekanan.


Polygonum Cuspidatum


Polygonum  Cuspidatum adalah sejenis pokok saka terbesar di Asia. Ia merupakan sumber semulajadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, menurunkan paras kolestrol, merendahkan tekanan darah, serta dapat mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.


Lobak Ungu


Lobak Ungu adalah sumber Vitamin A terbaik yang mengandungi fitokimia yang bersifat antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit, serta turut berperanan mengurangkan risiko penyakit jantung.


Vivix®️ Minuman Botani Lazat Yang Membantu Melambatkan Proses Penuaan.


Vivix®️ adalah sejenis minuman botani lazat yang menghimpunkan kebaikan keempat-empat campuran botani hebat di atas. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan mencecah sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kandungan anggur muskat, eldeberi, lobak ungu, dan polygonum cuspidatum terbukti dapat membantu melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.


Keistimewaan Shaklee

Campuran proprietari saintifik termaju Shaklee adalah berasaskan Anggur Muscadine - salah satu buah-buahan semulajadi yang paling sukar diperolehi dan paling berkuasa dalam aspek memberikan ksihatan yang baik. Anggur Muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalamanggur lain. Tidak sperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, ia menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Shaklee memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ke dalam setiap botol vivix melalui proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Vivix®️ berupaya menentang 4 Mekanisme Penuaan Sel yang membuktikan kebaikannya. Malah Vivix®️ kini mendapat perhatian dan sambutan di seluruh dunia termasuk Malaysia disebabkan kebaikan kandungannya. Nak tahu lebih banyak lagi kebaikan Vivix? Boleh ke entri 10 Manfaat & Kebaikan Vivix Shaklee.

  

No comments