YANG SEMENTARA

YANG SEMENTARA | Pagi ni buka tingkap tengok sekeliling. Pokok sebatang dua di sekitar perumahan masih gagah berdiri di situ.

Setiap hari ia masih di situ, menjadi pelindung kepada sinaran mentari kepada penduduk sekitar.

Ya, ia berjasa!

Tengok pula bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan di hujung sana.

Dari hanya sebuah tanah lapang yang diratakan, harini tersergam sebuah bangunan entah berapa tingkat di situ.

Dongak ke atas, beburung berterbangan mula keluar dari sarang mencari rezeki.

Mungkin untuk diri sendiri atau untuk dibawa pulang kepada anak2 yang masih di sarang.

Tengok langit, biru bersulam kepulan awan yang agak tebal. Harini mungkin bakal mendung sepanjang hari, getus hati.

Setiap apa di pandangan hari ini, akan berubah atau hilang dari tempatnya satu hari nanti.

Mungkin lagi setahun? Dua tahun? Tiada siapa tahu kecuali Yang Maha Mengetahui.

Begitulah kehidupan kita.

Kita tidak akan statik di situ sepanjang hidup. Akan ada fasa2 perubahan dalam kehidupan kita bilamana Allah izinkan.

Kerana segala apa yang ada dalam dunia ini hanyalah sementara. Tidak ada satu pun yang akan kekal.

Perlahan ku berlalu ke ruang menulis. Jurnal kesyukuran dibuka. Satu persatu kesyukuran ku catatkan.

Alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat dan kurniaanMu ke atasku sehingga hari ini.

Segala puji hanya bagi Allah,

Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas sekalian alam,
Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi,
Tuhan Yang Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani,
Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan..

❤️❤️❤️



Ask for more details here!👇🏼

Your Friendly Shaklee
Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM

3 comments